22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

[REVIEW] Konsert Jiwa Kacau 2023 Di Stadium Malawati Pukau 7,000 Penonton!

Konsert Jiwa Kacau yang berlangsung di Stadium terttutup Malawati, Shah Alam telah mencipta kenangan yang tak dapat dilupakan bagi para peminat kumpulan muzik terbaik tanah air, Sabtu lalu.

Empat kumpulan hebat iaitu Hujan, Bunkface, Insomniacks dan Masdo telah berjaya ‘memecahkan panggung’, mendidihkan adrenalin sekaligus membuat jiwa-jiwa seramai 7,000 penonton kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd.

via Echolalia Pictures

Konsert Jiwa Kacau dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan yang digilai peminat muda zaman sekarang,  Insomniacks yang membawakan lagu-lagu hits seperti Langgar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna, dan Pulang.

via Echolalia Pictures

Kemudian, persembahan dimulakan dengan kumpulan seterusnya iaitu Kugiran Masdo yang membawakan lapan buah lagu. Antaranya, Janji Manis, Miss Flower, Terunadara, Inilah Jalannya, Dinda, Bunga, MPRNR, dan Bercanda Di Malam Indah yang telah menaikkan lagi semangat penonton pada malam itu.

via Echolalia Pictures

Konsert diteruskan lagi dengan penampilan kumpulan seterusnya, Bunkface yang mendapat sorakan kuat daripada peminat yang hadir.

Bunkface turut membawakan lapan buah lagu antaranya Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi,  dan kegemaran ramai iaitu Revolusi.

 

Lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka membuatkan penonton “jadi gila” dan turut menari bersama.

via Echolalia Pictures

Kemuncak malam Konsert Jiwa Kacau ini sudah pasti menerusi persembahan terakhir daripada kumpulan Hujan dengan mendendangkan lagu Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaannya, Perindu Kalbu, Jiwa Kelajuan, Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu, dan Aku Skandal.

via Echolalia Pictures

Walaupun hanya membawakan sembilan lagu, kumpulan Hujan tetap memberikan pengalaman yang hebat dan menggugah perasaan bagi para penonton dengan persembahan mereka yang penuh semangat dan ‘jiwa kacau’!.

Kami di Murai MY akui tidak dapat mengawal diri daripada rasa teruja dan “lupa diri” ketika menonton kesemua persembahan hebat oleh empat kumpulan berkenaan. Tidak dapat dinafikan, ramai penonton berpuas hati dan kagum dengan konsert ini, malah ada yang berasa ‘rugi’ kerana tidak dapat turut serta dalam Konsert Jiwa Kacau yang berjaya mengacau seluruh jiwa dan raga penonton yang hadir. Tahniah buat semua keempat-empat kumpulan hebat dan penganjur!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.