22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Rezeki Allah Untuk Dapatkan Zuriat, Jadi Rugi Kalau Tak Mahu


iaitu pasangan suami isteri yang mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak menjadi topik perbincangan di media sosial dan mendapat perhatian banyak pihak.

Pendapat Ellie Suriaty

ellie suriaty

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ellie atau nama lengkapnya berpendapat kemungkinan faktor ekonomi yang menjadikan pasangan muda mengambil keputusan untuk tidak memiliki zuriat.

Menurut Ellie, mereka mengambil keputusan tersebut berikutan taraf hidup yang sangat tinggi di beberapa tempat terutamanya di kawasan bandar.

Ianya sangat subjektif, zaman sekarang mungkin disebabkan oleh ekonomi. Ekonomi terlalu tinggi terutamanya kalau yang tinggal dekat Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Mungkin ekonomi di kampung masih okay tapi apabila kita bercakap tentang bandar-bandar besar ia sangat membuatkan mengambil keputusan untuk ‘childfree’.

Bagaimanapun, aktres berusia 53 tahun tersebut berkata pasangan suami dan isteri akan berasa rugi jika tidak memiliki cahaya mata.

Dalam masa yang sama, Ellie tidak menolak kemungkinan perancangan ‘childfree’ bagi segelintir individu hanyalah bersifat sementara.

Tetapi bagi saya, untuk mendapatkan zuriat, jadi ianya adalah satu kerugian kalau tak mahu melainkan kalau pasangan itu ambil keputusan untuk begitu.

Mungkin pada masa akan datang dia akan berubah fikiran. Sebab manusia berubah-ubah. Dia punya perancangan keluarga untuk sekarang adalah ini (childfree), tapi dia boleh ubah pendapat pada masa akan datang.

Terdahulu, isu mengenai ‘childfree’ ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan wargamaya di aplikasi X selepas seorang individu menulis ciapan bahawa dirinya mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan ‘childfree’.

Bukan itu sahaja, individu tersebut juga menganggap bahawa memiliki anak memerlukan duit yang banyak.

Sumber: TikTok Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.