29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Riena Diana Dan Fendy Bakry Bergabung Dalam Drama Pencarian Jodoh, HELO JODOH!

Riena Diana yang kini semakin aktif dalam bidang lakonan dan baru sahaja membintangi watak antagonis di dalam drama Wanita Syurga di TV3, tampil dengan drama bergenre romantik komedi terbaharu, Helo Jodoh.

Bersiaran Menerusi Slot Lestari

Dalam drama ini, Riena Diana sebagai watak utama yang ingin mencapai impian dan pada masa yang sama dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang ingin memikatnya.

Drama ini bakal bersiaran menerusi slot Lestary bermula 17 Mei 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

 Drama bersiri 13 episod terbitan Orangetree Production yang diarahkan oleh Azmi Mohd Hata ini menampilkan barisan pelakon seperti Riena Diana, Syarul Ezani, Fendy Bakry, Shaza Bae, Enot, Esma Daniel, Shamsul Ghau Ghau, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

Kisah Antara Cinta Dan Kerjaya

via Media Prima

Helo Jodoh mengisahkan tentang Rita (Riena Diana) yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio tetapi terpaksa menangguhkan impiannya.

Kini, Rita bekerja sebagai khidmat pelanggan untuk sebuah aplikasi ‘Helo Jodoh’. Iskandar (Syarul Ezani) dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan baharunya.

Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi yang berhadapan dengan masalah cinta.

Kemunculan selebriti popular bernama Zack (Fendy Bakry) pula telah menambahkan lagi rempah ratus dan warna warna kehidupan Rita.

Apabila Rita baru sahaja hendak membuka langkah mengejar impiannya, muncul pula seorang gadis ‘glamor’ dan cantik bernama Cassandra (Shaza Bae) yang juga mempunyai impian yang sama, sekaligus menjadi saingan kepada Rita yang mengejar impian, cita-cita dan cinta yang sama!

Sudah Mula Ditayang

Jangan ketinggalan untuk menonton Helo Jodoh menerusi slot Lestary bermula 17 Mei 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.