23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sambal Kerang Tumis Cara SIMPLE, Sekali Rasa Mesti Meratah Lagi Punya!

Sambal Kerang Tumis ini merupakan salah satu inovasi dari masakan sambal tumis. Sambal tumis adalah masakan yang diperbuat dari cili kering yang dikisar bersama bawang.

Bahannya sangat ringkas namun pembuatannya agak memakan masa bagi mendapatkan warna sambal yang merah gelap. Gula juga main peranan untuk menghasilkan sambal yang sedap.

Pemilihan jenis cili kering pula mempengaruhi rasa pedas sambal tumis ini. Sebaiknya gunakan cili yang kurang pedas dan dicampur dengan cili pedas, untuk menghasilkan rasa yang mengancam.

Ikuti resipi simple dari perkongsian Cik Puan Nurul Ain Muhamad Hassan ini.


RESIPI SAMBAL KERANG TUMIS

sambal kerang tumis

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang – sudah dibersihkan
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • 1 batang serai – diketuk
  • Daun kesum – hiris
  • 1 batang bunga kantan – hiris
  • Daun bawang – hiris
  • Cili kisar
  • Bawang putih dan bawang merah – kisar
  • Garam dan gula

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang besar yang sudah dihiris bersama serai sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bawang yang sudah dikisar tadi dan tumis sehingga sedikit garing.

3. Bila sedikit garing, baru masukkan cili kisar ikut sukatan kuantiti kerang. Kalau suka berkuah, lebihkan. Kalau tak suka, boleh kurangkan.

4. Masak sehingga cili kisarnya pecah minyak seperti biasa. Selepas pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan hirisan daun kesom dan bunga kantan bagi naik wangi masak tumis ini.

6. Bila sudah sedikit kering sambalnya itu, boleh masukkan kerang yang sudah dicuci bersih.

7. Tutup sekejap kuali kira-kira 10 minit kemudian baru taburkan hirisan daun bawang. Siap!


Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.