30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sambal Tumis Daging, MUDAH Dan Sedap Ikut Cara Ini

Mari kita masak Sambal Tumis Daging hari ini. Hidangan ini antara hidangan yang paling ringkas dan mudah untuk dibuat oleh para ibu, bujang dan juga anak remaja yang baru nak belajar memasak.

Cara memasak sama sahaja dengan sambal tumis ikan bilis atau ikan kembung cuma bahan asasnya sahaja ditukar kepada daging. Jika stok daging banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Rafidah Abdul Halim ini.

Sambal tumis ini sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi lemak mahupun lempeng. Nak cicah bersama roti pun nikmat! Jom tengok resipi mudah di bawah.


RESIPI SAMBAL TUMIS DAGING

sambal tumis daging

Bahan-bahan:

  • 500g daging – hiris nipis
  • 1 cawan air
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula putih dan gula merah secukup rasa
  • 3 sekawan rempah 
  • Air asam jawa / 1 asam keping

Bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih.

2. Tumis 3 sekawan bawang besar dengan halia yang dihiris nipis sampai naik bau.

3. Masukkan bahan kisar dan daging yang dihiris nipis masak sampai daging empuk.

4. Bila daging dah empuk dancili kisar pun dah masak, boleh masukkan gula putih dan gula merah. (optional saya letak sikit untuk bagi colour sambal cantik). 

5. Masukkan air asam/asam keping dan garam dan biarkan ia masak dengan sekata. Lepas itu, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau sebati.

6. Bila rasa dah sebati. Boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Sambal Tumis Daging ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.