30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!

Dekat Family Mart ada satu roti sandwich strawberry yang selalu jadi kegilaan ramai. Bila viral je pasal roti sandwich ni memang susah nak dapat sebab masing-masing nak mencuba. Beberapa kali pergi kadang-kadang memang terlepas je.

Roti sandwich strawberry ini memang sedap dan layan kalau makan waktu petang. Santai je dengan family sambil makan hidangan ala-ala western ini.

Hidangan simple dan ringkas macam ni anak-anak pasti akan suka. Makan pula dengan strawberry, bukan biasa-biasa tau hidangan kita. Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Tyra Manan ini.


RESIPI SANDWICH STRAWBERRY ALA FAMILY MART

bahan sandwich strawberry

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Whipping cream – 200ml
  • Gula – 2tbsp
  • Strawberry
  • Plastik wrap – untuk balut roti sebelum potong

*Roti itu guna yang jenis tebal gebu, jangan guna roti keping gardenia sebab roti tu nipis & lembut jadi tak berapa nak cantik nanti bila potong. 

Cara penyediaan: 

1. Sediakan roti putih. Roti putih ni jangan guna yang nipis seperti gardenia tau. Cari roti yang tebal dan gebu. Banyak dijual di kedai-kedai runcit

2. Mula-mula sekali, pukul whipping cream dan gula sampai gebu. Anggaran dalam 3-4 minit macam tu.

3. Ambil roti dan sapu whipping cream di atas roti. Susun buah strawberry di atas roti dan tambah lagi whipping cream di celah-celah strawberry.

4. Akhir sekali, wrap roti bagi padat dan simpan kejap dalam peti ais dalam 20 hingga 30 minit.

5. Kemudian, baru potong. Siap dan sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.