21.3 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

Sasha Abdul Aziz Nafi Pakai Tudung Sebab Bisnes Sendu


Usahawan dan personaliti media sosial,  menyelar tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya memakai tudung gara-gara mahu mempromosikan perniagaan yang diusahakan olehnya.

Perniagaan saya tak sendu

Menurut individu berkenaan, Sasha didakwa memakai tudung kerana perniagaan yang diusahakan olehnya itu semakin sendu. Ujar individu itu lagi, penghijrahan Sasha didakwa sebagai salah satu cara untuk melariskan perniagaan kembali.

Berikutan daripada itu, Sasha tampil bersuara dan mengatakan bahawa perniagaannya okey sahaja dan tidak sendu seperti yang diperkatakan individu tersebut.

Bukan itu sahaja, Sasha turut menegaskan bahawa dia berhijrah selepas pulang daripada menunaikan umrah. Tambah Sasha, penghijrahan tersebut merupakan kemahuan dirinya sendiri dan bukan atas faktor perniagaan.

Saya kurang faham dengan kenyataan berhijrah disebabkan sendu dalam perniagaan. Saya berhijrah sebab baru balik dari umrah hari itu. Di sini saya perbetulkan, saya pakai hijab bukan sebab sendu. Saya pakai hijab sebab saya terdetik nak pakai selepas pulang daripada menunaikan umrah. Sekian.

Sumber: Sasha Abdul Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.