22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Satu Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan”

Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan dibuat bekas isterinya kononnya dia liat membayar nafkah anak-anak susulan pendedahan bekas isterinya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Hafidz berkata dia tidak mampu berdiam diri dan perlu mempertahankan haknya apabila isu tersebut mengganggu kerja serta periuk nasinya.

Menurut Hafidz kenyataan dia menculas dan tidak membayar nafkah wajib terhadap anak-anak adalah fitnah yang menjijikkan dan pelaku seharusnya malu dengan perbuatannya itu.

Menurutnya lagi, dia mempunyai rekod transaksi bayaran dan bersedia untuk menggunakan bukti itu dalam tindakan susulan.

Dalam pada itu, Hafidz berkata dia akan terus berusaha untuk menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan mengelakkan daripada tertunggak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.