22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Saya ikhtiar dulu dan saya mohon doa daripada semua peminat”, Marsha Milan

Selepas 7 tahun mendirikan rumahtangga , kini Marsha Milan LOndoh dan suami sudah bersedia dan merancang untuk melakukan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Walaupun sudah berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka namun masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya masa selama perkahwinan mereka.

Marsha mengakui sudah melakukan pelbagai cara termasuklah melakukan rawatan tradisional namun belum mempunyai rezeki dan redho dengan semua yang berlaku .

Marsha yang sering berkongsi aktiviti harian bersama keluarga mertua di media sosial miliknya dilihat sangat ceria dan bahagia berada disamping keluarga suaminya yang penyayang.

 

 

Namun itu bukan sebab mengapa dia tidak terlalu memikirkan tentang zuriat tetapi tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang melibatkan rezeki daripadaNya.

Segala Usaha Sudah Dilakukan

“Kami sudah berusaha bermacam cara termasuk rawatan tradisional untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh perkahwinan.

“Hasil pemeriksaan, doktor beritahu kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi,” katanya.

Malah marsha sudah mencari masa yang sesuai untuk melakukan rawatan berkenaan kerana perlu mengambil cuti panjang dan penjagaan yang rapi apabila menjalani rawatan tersebut.

 

 

“Sebelum ini, saya sibuk dengan komitmen pada Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Selepas AJL37 selesai, barulah kami berbincang semula mengenai IVF.’

“Maklumlah untuk buat rawatan itu, saya perlu mengambil cuti yang panjang dari aktiviti seni. Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini,” jelasnya.

 

 

Marsha juga menjelaskan yang suaminya tidak keberatan untuk mengambil anak angkat jika segala rawatan yang dilakukan tidak berjaya .

Namun masih belum memikirkan perkara tersebut dan memohon doa daripada orang ramai agr dipermudahkan segala urusannya dan suami untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri tanpa perlu mengambil anak angkat.

“Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini, dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi,” katanya.

Sekadar info , Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.