23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Saya marah bersebab”, – Sheila Rusly

Program realiti terbaru terbitan TV9, Dapur Tempur banyak menyaksikan airmata peserta menitis selepas ditegur juri tetap, Sheila Rusly berkenaan masakan yang dimasak peserta program tersebut.

BAgi menepis dakwaaan bahawa program tersebut hanya sekadar lakonan dan dirancang untuk menaikan rating penonton , Sheila tampil menjelaskan perkara yang berlaku semasa program berlangsung.

Mengakui dirinya seorang yang tegas dan jujur , Sheila tidak mahu berpura – pura dalam memberikan komen dan tidak mahu berlembut hanya kerana kasihan kepada peserta.

“Memang ada yang menangis. Namun, tangisan itu bukanlah dibuat-buat, sebaliknya, secara semula jadi. Saya komen berdasarkan persembahan makanan mereka, jadi macam mana saya hendak rancang apa yang saya kata.”

“Jujurnya, saya buat mereka menangis bukan sengaja untuk mencipta ‘drama’ walaupun unsur itu penting dalam program realiti namun semuanya bukan dibuat-buat untuk menaikkan rating,” jelas Sheila kepada media .

“Walaupun saya pelakon, saya sangat jujur dengan lakonan dan watak saya. Itulah yang saya lakukan apabila diberi tanggungjawab sebagai juri Dapur Tempur. Kalau mahu diikutkan, program realiti yang benar-benar terjadi tanpa dirancang, susah didapati di Malaysia.”

“Jadi, apabila saya terima tawaran Dapur Tempur, saya tanya mereka mahu saya jadi apa? Saya manusia yang sangat berterus terang dan jujur.”

“Jadi, saya kata, kalau mahu saya jadi juri, saya kena jujur dengan komen. Tidak kira peserta itu adalah pemilik restoran atau mereka yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan makanan,” jelasnya lagi.

Malah dia lebih memilih untuk berterus – terang agar peserta memberikan komitmen yang tinggi dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik untuk menjadi pemenang.

“Tak kisah kalau pemilik restoran sekalipun, kalau masak tak sedap, saya akan cakap tak sedap. Apatah lagi, selepas saya rasa (juadah dimasak), muka saya akan memberi reaksi terlebih dahulu sebelum komen,” katanya.

Namun Shiela mengaku dirinya bukanlah garang seperti yang disangka dan suka marah tanpa sebab tetapi apa yang dilakukan hanya untuk kebaikkan peserta untuk menjadi yang lebih baik.

“Kalau anda rasa saya sangat garang, sebenarnya tidak. Hanya kadang-kadang saya fikir, saya perlu marah mereka lebih daripada budak-budak.

“Mereka tahu apa yang dibuat dan yang memasak pun, bukan budak-budak. Perkara ini dibuat agar dalam episod seterusnya, tidaklah mereka lalai.

Lebih Jujur

“Kalau saya tidak jujur, apa guna saya dalam program itu. Kononnya, orang kata saya ikon makanan, saya masak semua sedaplah dan seumpamanya.”

“Jadi, saya kena jujur dengan apa yang saya sampaikan. Niat saya marah bukanlah untuk menjatuhkan mereka. Saya tegur untuk beri ilmu kepada peserta. Peserta pun tahu perkara itu,” katanya.

Selain Sheila Rusly dan Cef Adu Amran yang menjadi juri pada program tersebut , Dapur Tempur juga menampilkan Yasmin Hani sebagai hos.

Antara juri jemputan adalah Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri dan Michael Ang.

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 serta ketuhar jenama Panasonic dan bekalan produk Nona selama setahun.

Naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi Panasonic manakala pemenang mingguan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan Nona.

Pemenang cabaran Nona dalam episod tertentu membawa pulang hamper produk Nona bernilai RM1,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.