22.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

‘Saya Pakai Pakaian Yang Senang Untuk Solat & Mengaji’


Pelakon jelita, Nora Danish tampil menjelaskan tentang tindakannya m yang telah mencuri perhatian ramai.

Mudah beribadah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nora atau nama penuhnya memaklumkan bahawa dia mengenakan hijab dan menutup aurat adalah untuk memudahkannya menunaikan solat dan membaca Al-Quran.

Semua sedia maklum Nedim sekarang berada di hospital tapi saya tak boleh nak kongsi butiran tentang sakitnya kerana ianya adalah sulit dan sangat peribadi buat keluarga.

Ketika saya menjaga Nedim di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk saya terus menunaikan solat dan dalam masa yang sama saya mengaji Al-Quran juga. Jadi lebih senang kalau memakai pakaian yang menutup aurat.

Dalam masa yang sama, Nora menzahirkan ucapan terima kasih kerana ramai yang memberi sokongan dan mendoakannya.

Saya nak ucapkan terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong saya, saya hargai sangat. Saya harap doa anda, doa ibu dan doa saya juga Allah makbulkan. Insya-Allah.

Terdahulu, aktres berusia 42 tahun itu memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam di Instagram.

Meskipun menutup ruangan komen, namun perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

Sekadar info, ada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: TikTok Nora Danish

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.