22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“SAYA PUN HARAP ALLAH LEMBUTKAN HATI SAYA UNTUK TARIK SAMAN” – SYAMSUL YUSOF TETAP TERUSKAN SAMAN FARID KAMIL

Tekad untuk membersihkan nama dan mempertahankan hak, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, menjelaskan, dia tetap meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Farid Kamil, 42.

“Kita doakan yang mana saman itu tetap jalan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik saman. Mungkinlah. Saya pun tak tahu.

“Ini bukan soal siapa menang siapa kalah, ia hanyalah perkara yang patut kita ambil, kerana apabila kita berdiam diri buat kerja kita, tiba-tiba ada orang menganggu, atau berikan kata-kata buruk, kita perlu mengambil tindakan.

“Saya seorang yang tenang, saya tak suka ada isu dengan rakan-rakan artis kerana kita semua dalam satu bidang.

“Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk anda di media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang sajalah,” kata Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.