21.4 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

“Saya Rasa Saya Kena Buat Sesuatu” – Noraniza Idris Anjur Konsert Qalam Selama 3 Hari, Tebus Kecewa Malai Solo Tak Jadi

Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris berkata dia masih menyimpan harapan untuk meneruskan Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu.

Kegagalan Malai Solo tak padam semangat

Gara-gara dana tida mencukupi dan ditipu penaja, Noraniza Idris menganggap belum rezekinya untuk melakukan konsert mega tersebut.

Tidak mahu terlalu terkesan dengan perkara tersebut, Noraniza ingin menumpukan perhatain untuk kembali semula ke dalam industri selain berasa tanggungjawab untuk menaikkan muzik irama Malaysia setelah pemergian Allahyarham Pak Ngah.

Saya rasa saya kena buat sesuatu, irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang berani ke depan.

Dulu kita ada Allahyarham Pak Ngah tetapi sekarang dia dah tiada. Siapa nak bangunkan, takkan kita nak menyerah begitu sahaja?

Bakal anjur Konsert Qalam September ini

Perkembangan terbaru, Noraniza Idris menebus kekecewaannya apabila dia terlibat dalam Konsert Qalam yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 September ini.

Tampil dengan idea yang berlainan, konsert ini mengetengahkan ‘konsert dalam pertandingan’ di mana ia menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM199 (Masyhur) dan RM249 (Seri Balas) di lama web Ilassotikets bermula Khamis.

Konsert dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan akan diadakan selama tiga hari di Panggung Bangsawan, Melaka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ADVERTISEMENT

SUMBER : Portal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.