29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

‘Saya Tak Puas Hati Orang Cakap Anak Saya Adalah Content’


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menafikan dakwaan dirinya sukakan perhatian.

Anggap pengikut kawan baik

Menerusi temu bual di Podcast Apa Cerita, Siti berkata, kes tertukar anak beberapa tahun lalu bukan untuk meraih perhatian.

Menurutnya, dia sering membuat siaran langsung dan sudah menganggap pengikutnya sebagai kawan baik.

Kenapa semua benda nak cerita? Sebenarnya kalau korang nak tahu tak semua benda saya kongsi tapi pasal kes anak tertukar tu waktu tu macam saya memang daripada umur 16 tahun saya buat live hari-hari.

Kadang-kadang ada hari ditimpa musibah dan saya dengan pengikut saya dah macam kawan baik. Jadi saya cerita semuanya dekat dorang.

Masa tu sebenarnya ada yang membuat tuduhan itu hanyalah content semata-mata. Dia saja je buat anak dia tertukar. Come on, mak kot takkan sanggup nak buat macam tu untuk anak saya.

Berkongsi tentang kes tertukar bayi, Siti hanya tersedar selepas dua hari di mana label tag di kaki bayi tersebut tertera nama ibu lain.

Kisah pasal tertukar waktu tu saya tak tahu yang saya bawa balik tu bukan anak saya. Dah dua hari, dah disusukan, dah jaga apa semua. Macam mana saya boleh tahu itu bukan anak saya selepas dua hari tu kita nak buang tag dekat kaki.

Jadi masa tu suami saya periksa, nama bukan nama saya. Nama ibu lain. Dekat situ kita dapat tahu. Mulanya saya buat live tu saya nak tanya pengikut saya ‘korang kalau dekat tag ni nama lain kenapa eh? Tertukar baby ke tertukar tag?’ Saya cuma nak tanya pengikut saya saja.

Kata Siti, dia tidak pernah menggunakan isu anak dan perkahwinan kerana berpegang dengan prinsip tidak akan menjatuhkan orang lain demi mencipta sebuah kandungan.

Bila saya kongsi tiba-tiba jadi viral dan dorang nak tahu. Cuma saya tak puas hati ada orang cakap anak saya adalah content. Kahwin itu semua bukan content. Itu semua perkara benar yang terjadi dalam hidup saya.

Saya pegang prinsip kalau buat content, saya takkan menjatuhkan orang lain. Kita tak menyusahkan orang tapi jangan kita naik dengan cara hina orang, kita bash orang, jangan buat macam itu.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.