22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Saya Tak Tuju Dekat Dia, Banyak Je Janda Di Luar Sana, Bersepah Janda, Janda Baik Ada”

Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan bekas isterinya, Nurul Shuhada bahawa dia tidak membayar nafkah anak. Hafidz berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Memetik mStar Online, apabila ditanya jumlah nafkah yang diberikan, Hafidz enggan memberitahu serta mengatakan ianya adalah sulit dan dia membayar mengikut kemampuan.

Menurut Hafidz lagi dia mahu berdamai dengan bekas isterinya dan jika mempunyai wang lebih dia akan membayar lebih untuk nafkah anak-anaknya itu.

“Saya bayar ikut kemampuan, kalau ada lebih, saya bayar lebih, saya tak kedekut. Saya akan bayar 20 peratus daripada pendapatan saya. Misal kata saya ada RM5,000, saya akan beri RM1,000 kepada bekas isteri untuk nafkah anak-anak.

“Apa yang dikatakan Shuhada yang saya membayar RM100 sahaja setiap transaksi adalah tidak benar. Namun saya tidak akan beritahu jumlah tersebut memandangkan ia adalah sulit,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz menafikan hashtag janda penfitnah yang ditulis di media sosial itu ditujukan kepada bekas isterinya dan tidak menujukan kepada sesiapa.

“Saya tak tujukan pada siapa-siapa. Saya hanya sunting letak, tak ada tujukan pada siapa-siapa. Saya tak tuju dekat dia, banyak je janda dekat luar sana, bukan dia sorang je kan. Bersepah janda, janda baik ada,” katanya.

SUMBER: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.