22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Saya tidak cemburu mahupun tergugat “, – Zahirah Macwilson

Pelakon jelita , Zahirah Macwilson, 28, dalam satu temubual mengakui dirinya tidak pernah merasa tergugat dengan kehadiran pelakon baru dan pempengaruh media sosial dalam industri seni tanah air.

Malah Zahirah juga melihat kemunculan pelakon baru ini sebagai sesuatu yang positif untuk merancakkan lagi industri seni tanah air dengan bakat baru yang pelbagai .

“Saya tidak cemburu mahupun tergugat dengan kehadiran mereka , sebagai artis yang berpengalaman, saya juga mahu memberi peluang dan ruang kepada artis baru dan pempengaruh media sosial untuk mencari tapak dalam bidang lakonan,” katanya.

Bukan itu sahaja , Zahirah juga pernah merasai perkara tersbut yang mana ia juga bermula dengan tidak dikenali sehingga menjadi popular sekarang namun hanya berharap orang baru sanggup belajar dan serius dalam segala apa yang mereka mahukan.

“Saya mula berlakon pada usia 20 tahun dan ‘kayu’ juga ketika mula terbabit dalam bidang lakonan , apa yang penting, artis baru atau pempengaruh media sosial itu sanggup belajar dan serius untuk mencari tapak dalam bidang lakonan,” jelasnya.

Mahu Jadi Penerbit

Bercerita tentang kerjayanya pula , Zahirah yang sebelum ini berehat daripada berlakon kini sudah mula aktif berlakon selepas anaknya , Isaac Raees sudah berusia dua tahun.

Selepas 8 tahun berlakon , Zahirah menyampaikan hasrat yang dirinya mahukan watak yang lebih mencabar seperti filem genre aksi ataupun watak yang berlainan daripada watak yang sering dilakonkannya.

“Saya masih dapat tawaran berlakon termasuk watak utama cuma mungkin kerana banyak terbabit dalam projek lakonan menerusi platform digital dan online, orang tidak nampak wajah di TV.

“Saya juga lebih selektif dari segi watak dan mahukan watak yang lebih mencabar dalam filem genre aksi atau cerita dari inspirasi kisah benar,” katanya.

Bukan itu sahaja , Zahirah juga berkongsi tentang perancangan masa depan bersama suaminya selepas ini , yang mana mereka merancang untuk menjadi penerbit bila sampai masanya nanti.

Mereka sudah lama merancang perkara tersebut namun masih belum kesampaian kerana sibuk dengan tawaran berlakon dan aktiviti seni yang lainnya.

“Kami sudah sampai satu tahap tidak lagi kejar glamor dan populariti sebaliknya mahu menceburi bisnes dan bergelar penerbit pula , produksi itu sudah ada cuma belum mulakan projek sahaja lagi.” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.