23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

‘Sebelum Kahwin Saya Ada Rumah, Kereta Mewah & Pakai Rolex’


Usahawan kosmetik terkenal, Madammu telah berkongsi semula detik awal-awal perkahwinannya bersama suami, Azri atau dikenali sebagai TP.

‘Sebab tu saya sayang TP’

Bercerita kepada penonton ketika bersiaran langsung di TikTok, akui sangat menyayangi selain berbangga dengan sifat pemberani suaminya itu.

Madammu mendedahkan telah menjalani kehidupan yang agak senang dan memiliki kewangan yang stabil meskipun sebelum mendirikan rumah tangga,

Sebab tu saya sangat mencintai TP. TP ni masa dia kahwin dengan saya, dia ni berani tau. Saya masa kahwin dengan TP ni, kehidupan saya dah stabil. Saya dah ada rumah, kereta.

Saya bukanlah datang dari keluarga yang susah atau kaya raya tapi waktu tu saya hidup senang lah. Saya dah pakai beg Chanel, jam Rolex.

Namun ketika membuat keputusan untuk berkahwin, Madammu akui pernah terfikir adakah dirinya mampu untuk hidup dalam keadaan yang bersederhana sedangkan selama ini kehidupannya agak mewah.

Masa kami berkahwin tu, saya rasa macam dah memperjudikan masa depan saya sebab saya tak tahu pada masa akan datang, macam mana saya dengan TP. Adakah saya boleh manage kehidupan yang sederhana.

TP dulu dia tak kaya dan tak susah. Dia baru-baru nak naik masa tu, duit dalam akaun dia tu saya je yang tahu. Orang lain nampak dia pakai kereta mewah, ingat banyak duit.

Dalam video yang sama, Madammu memberitahu bahawa tujuannya bercerita kisah itu adalah sebagai inspirasi buat semua orang.

Ni saya cerita sebagai inspirasi sebab wanita sekarang ni sangat memilih lelaki yang senang dan sekufu. Mentang-mentang lelaki tu susah, tak ada apa-apa, mereka tak nak.

Video

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.