21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Selepas 6 Tahun Berkahwin, Nora Danish Akui Keadaan Semakin Aneh!

Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Malah alam berumah tangga merupakan salah satu proses fasa kehidupan yang kebanykkannya menanti saat-saat mengecapi kebahagiaan itu. Mengikut logik di akal, rumah tangga yang dibina bertahun-tahun lamanya, seharusnya memberi satu kesan hubungan yang erat kepada pasangan suami isteri.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Memuat naik video di laman Instagram, pelakon Nora Danish memuat naik kenyataan mengenai apa yang dirasakan selepas enam tahun berkahwin.

Mengikut pemerhatian, pelakon ini tampak bersahaja meskipun kenyataannya itu menarik perhatian umum dan meraih tanda tanya mengenai maksud disebalik luahannya itu, mengetahui bahawa kini terdapat pelbagai isu yang meraih perhatian warganet mengenai status penceraian selebriti-selebriti tempatan.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai dakwaan berkenan tidak dapat dibuktikan kerana menerusi video berkenaan Nora nampak tenang bersama kucingnya itu.

Terdahulu, sejak zaman bercinta, kemudiannya mendirikan bahtera rumah tangga sehingga dikurniakan cahaya mata, kehidupan peribadi Nora Danish,  dan suaminya, Mohamed Nedim Nazri atau Nedim, ini sentiasa meraih perhatian umum.

Untuk rekod, Nora dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya kata iaitu Rayqal. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.