23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Selepas Kontroversi, Bella & Muaz Kembali Bertentang Mata


Pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir mencuri perhatian netizen di media sosial kerana bertentang mata buat kali pertama selepas isu membabitkan mereka hangat diperkatakan sejak April lalu.

Berbunga hati kita

Menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di TV3 Malaysia, Bella dan Muaz dipertemukan bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa di Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran MITC Melaka, semalam.

Menerusi video tersebut, Bella dan Muaz sempat bermain permainan bersama peminat bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.

Kedua-dua mereka dilihat sangat profesional tatkala melakukan kerja. Lebih menarik, pertemuan mereka itu disambut baik oleh peminat yang rata-ratanya teruja melihat gandingan tersebut.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Terdahulu, untuk membuat bekas suaminya, Aliff Aziz cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Walau bagaimanapun, Bella mendedahkan kejadian tersebut diketahui oleh kedua belah keluarga dan sudah diselesaikan dengan cara baik bersama Aliff sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai bulan ini.

Sumber: TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.