21.6 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Setelah 30 Tahun , Qi Razali Memilih Untuk berundur dari OAG

Baru – baru ini , satu perkongsian daripada selebriti serba boleh , Qi Razali menjadi tanda tanya apabila dilihat memuatnaik status tentang dirinya yang mahu mengundurkan diri daripada kumpulan terkenal OAG sebagau drummer.

“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ini. Aku ada hak. Ini hidup aku dan aku pilih jalan hidup aku.”

“Adakah sebab aku ini terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini tiada lagi ok? Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ini. Bye bye toxic people,” tulisnya.

Lebih mengejutkan lagi , Qi turut mengumumkan bahawa dirinya akan berundur daripada kumpulan itu selepas menjayakan konsert 30 Tahun Generasiku minggu lalu.

Malah dia mengesahkan yang konsert itu merupakan persembahan terakhirnya bersama kumpulan tersebut dan sudah membuat keputusan untuk mengundukan diri selepas berjumpa dengan ahli kumpulan OAG yang lain.

Qi menyatakan yang itu adalah keputusan terbaik buat dirinya serta masa depannya demi kariernya dan berharap peminat penyokong keputusannya itu.

 

“Pilihan jalan hidup yang mendorong saya buat keputusan ini. Band itu tetap akan terus wujud jangan risau. Kekuatan band itu bukan kat drummer. So boleh je ganti mana-mana pun.

“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang support kerjaya aku, supportlah langkah aku kali ini,”

“Okay baiklah, cukuplah OAG, ini adalah Qi lagi. Saya sudah membuat keputusan dan hati saya. Itulah persembahan terakhir saya untuk OAG , tulisnya lagi.

Peminat Sokong Qi

Berhubung perkara tersebut , rata – rata peminat mendoakan segala urusannya dipermudahkan dan meninggalkan komen positif buat Qi dan ahli kumpulan OAG yang lain.

Malah ada netizen yang turut menyokong tindakan pemain drum tersebut agar mengundurkan diri dan merasakan tindakan itu perlu dilakukan demi mencapai tujuan hidupnya .

Namun Qi tidak ada berkongsi secara umum tentang mengapa dirinya mahu berundur daripada kumpulan tersebut kepada media dan orang ramai .

Qi hanya mendiamkan diri daripada membuat kenyataan mengenai perkara tersebut dan berharap orang ramai tidak memahami keputusannya itu tanpa bertanya lebih lanjut.

Sekadar info , kumpulan OAG dianggotai Radhi selaku penyanyi , Qi sebagai pemain drum , Ammal Bellamy (gitar) dan Nazrin Zabidi (bass).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.