22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing,”- Sherry Mohon Maaf

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air , Sherry Alhadad, 38, semalam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terkilan atau terguris hati dengan sebuah kenyataannya yang menolak pembedahan bariatik dengan mengatakan pembedahan tersebut sebagai ‘jalan pintas’ untuk menjadi kurus dengan segera.

Kenyataan tersebut mulai tular apabila terdapat beberapa selebriti dan individu yang melakukan pembedahan tersebut tampil dan mengulas tentang kenyataan itu sehingga membuatka Sherry terpaksa tampil membalas kenyataan itu.

Sherry mengakui dirinya langsung tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa dan tujuan dia merakamkan video berkenaan hanya sekadar untuk menjawab soalan-soalan yang diterima di TikTok , Instagram dan individu yang ditemuinya sebelum ini.

Ramai yang sedia maklum bahawa Sherry sudah menunjukkan perubahan yang ketara dari segi berat dan bentuk badan yang dilihat semakin kurus dan cantik.

Namun ramai yang menuduh dirinya melakukan pembedahan bariatrik sehingga menyebabkan dirinya kelihatan kurus dalam masa yang singkat.

Mohon Maaf

Disebabkan perkara itu sering menjadi buah mulut orang ramai maka Sherry sengaja membuat kenyataan yang dia tidak perlu melakukan pembedahan Bariatrik dan hanya menggunakan produk serta bersenam untuk menjadi kurus.

“Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan. Effort (usaha) saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan,” katanya.

“Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman.

Walaupun kenyataan tersebut tentang dirinya namun dia tetap memohon maaf jika ada yang terasa dengan pengakuan tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Malah mengakui mengakui penggunaan ayat daripada video tersebut mungkin tidak sesuai dan keterlaluan sehingga ada pihak yang berkecil hati dengannya.

“Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa,” katanya lagi.

“Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu. Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.”

“Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing. Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan,” katanya.

Namun Sherry tetap menegaskan bahawa dia tidak berniat menkritik atau memberikan pandangan buruk berkenaan individu yang melakukan pembedahan tersebut.

“Saya tujukan video itu pada diri sendiri bagi menjawab persoalan yang orang lain tanya. Itu saja. Tidaklah saya nak cuba kritik orang yang buat pembedahan itu. Tiada langsung niat saya nak buat begitu,” katanya.

Terdahulu , penyanyi terkenal Datuk Aishah tampil menegur Sherry tentang sebuah kenyataan yang disampaikan Sherry kepada media dan mengaku terasa hati dengan apa yang dikongsikan selebriti berkenaan mengenai pembedahan bariatik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.