22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Sharifah Amani Selamat Bersalin Anak Lelaki


Pelakon Sharifah Amani telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Rabu.

Cahaya mata lelaki

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya, Ahmed Faris yang memaklumkan Amani selamat melahirkan anak lelaki pada 26 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ahmed Faris turut berkongsi nama anak mereka iaitu Ahmed Mohsein.

Assalamualaikum, kenalkan cahaya mata kami Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris, dilahirkan pada 26 Jun 2024.

Dalam pada itu, dia memaklumkan Amani dan bayi dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

Alhamdulillah, ibu dan bayi dalam keadaan yang baik, terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Untuk rekod, Sharifah Amani dan Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

Sumber: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.