30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sharifah Sakinah, Michael Hansen – Hubungan jarak jauh yang sukar

Kuala Lumpur: “Apa yang akan berlaku pada masa hadapan, saya masih tidak tahu tetapi semoga ia memberi kebaikan kepada kita semua, insya-Allah,” kata suami kepada pelakon Sharifah Sakinah, Michael Hansen, mengenai keputusan berpisah yang pernah dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua belah pihak.Advertisement

Ketika dihubungi Harian Metro, Michael berkata memandangkan kedua-duanya mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang berat di negara masing-masing, akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk memutuskan hubungan yang dibina.

“Sakinah mempunyai Anais (anak daripada perkahwinan pertamanya) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya mempunyai dua anak dan terpaksa bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua berpindah ke mana-mana.

“Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua. Kami percaya ini adalah tindakan terbaik buat masa ini supaya kami dapat fokus kepada perkara penting iaitu anak dan keluarga masing-masing. Apapun, kami tetap berkawan baik dan semuanya baik-baik saja.

“Sakinah seorang wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain kebahagiaan dan yang terbaik untuknya,” katanya.

Menurut Michael, dia mengakui ada sedikit ‘drama’ berlaku apabila mereka memilih untuk berpisah secara baik.

“Saya boleh sahkan apa yang dikongsikan oleh Sakinah iaitu kami membuat keputusan untuk bercerai. Namun ada sedikit drama mengenai keputusan itu.

“Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut lebih banyak usaha. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi di bandar berbeza, ia tetap sukar. Jadi bayangkan perbezaan masa kami enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar

“Sebanyak mana pun anda berusaha dan berusaha, kadangkala ia tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Terdahulu, Sakinah mengesahkan akan bercerai dengan Michael selepas tiga tahun berkahwin.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan telah sah bernikah selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael.

Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran perkahwinan itu.

Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah pernah berkahwin dengan juruterbang Aliff Adha pada 2015, tetapi berpisah pada Mei 2020.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.