29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Sharnaaz Ahmad Terhibur Ada Netizen Gelar Aaron Aziz Sebagai ‘Gangster Singapura’?

Pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini mendapat amaran tegas daripada pelakon, Aaron Aziz yang mahu Sharnaaz tidak masuk campur terhadap konflik yang tercetus di antara Aaron dan Syamsul Yusof.

Hal ini disebabkan ciapan Sharnaaz di Twitter pada hujung Mac lalu, yang memujuk peminat agar tidak memboikot filem terbaharu pengarah, Syamsul Yusof, The Original Gangster.

Aaron Aziz Beri Amaran Kepada Sharnaaz

Menurut laporan Utusan Nasional, Aaron meminta pihak yang tidak terlibat dengan produksi filem berkenaan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung konflik dirinya dengan Syamsul Yusof.

“Cakap kat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur. Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan.”-kata Aaron kepada Utusan Nasional

Netizen Ini Gelar Aaron Sebagai ‘Gangster Singapore’?

Di laman Twitter, seorang netizen yang dikenali sebagai YM Ratu Kagura dilihat membuat ciapan sebagai tanda sokongan buat Aaron Aziz.

“Aaron Aziz sound Sharnaaz direct je. Aaron Aziz ni dulu memang gangster Singapura. Sorry la i team abang Aaron. Dah tua pun wangi.”-ciapan netizen di Twitter

Sharnaaz Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Sharnaaz dilihat membalas ciapan netizen berkenaan dengan meluahkan rasa terhibur netizen berkenaan menggelar Aaron Aziz sebagai gangster di Singapura.

“🤣 gangster Singapore ye..Baik baik..”-balas Sharnaaz

Sekadar info, Aaron Aziz tampil membidas kenyataan pengarah Syamsul Yusof yang berpendapat faktor Aaron sudah tua dan gemuk menjadi puncanya digugurkan dari membintangi filem The Original Gangster. Dedah Aaron, Syamsul telah mengetahui masalah kesihatannya setelah datang ke rumah untuk berbincang mengenai filem tersebut, beberapa tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.