22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sharnaaz Ahmad: Terkenang Sebagai ‘Penjahat’ Terhebat di Malaysia

Watak jahat sebagai Reza dalam filem Polis Evo 3 yang dilakonkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad ternyata mendapat pujian ramai.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata dia tidak mengejar anugerah dalam lakonan namun cukuplah diingati penonton sebagai ‘penjahat Malaysia’ yang ‘sempoi’.

“Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.

“Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai ‘villian’ (antagonis) yang paling hebat di Malaysia, itu saja.

“Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi,” katanya.Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui dia tidak menyangka watak jahat yang dilakonkannya akan disayangi oleh penonton walaupun bertindak kejam. “Saya tidak menyangka orang boleh menyayangi ‘villain’. Biasanya, ‘villain’ akan dibenci seperti watak Sarip Dol. Tetapi, mungkin kerana ceritanya mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri. Penerimaan baik penonton terhadap lakonan saya dalam Polis Evo 3 sangat bermakna bagi saya. Saya sangat bersyukur dan terima kasih kerana penonton menyayangi saya dari segi lakonan. Itulah yang saya harapkan,” katanya.bit.ly/3mkS1Ni” target=”_blank”>

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.