22.2 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Sheikh Muszaphar Sebak Lihat Anak Perempuan Sedia Untuk Berhijab-“Sejuk Hati Daddy”

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial mengenai puteri sulungnya, Sophea Isabella yang mahu mengenakan hijab.

Sebak Lihat Anak Perempuan Bersedia Untuk Berhijab

Menuruk Sheikh Muszaphar, dia akui rasa sebak apabila melihat puteri sulungnya itu menyatakan bahawa sudah bersedia untuk berhijab walaupun baru berusia 12 tahun.

“Bella kata dia bersedia untuk pakai hijab. Sejuk hati daddy. Tiba-tiba sebak pulak. You are only 12. And you seem all grown up.”-tulis Sheikh Muszaphar di media sosial

Menitipkan pesanan buat anak perempuannya untuk berhijab apabila telah datang haid, Sheikh Muszaphar turut bertanyakan pendapat netizen adakah beliau telah melakukan tindakan yang betul.

“Saya menasihatinya untuk supaya menunggu sehinga tiba haid. Mulakan dengan selendang dulu. Hanya untuk memastikan. Adakah saya melakukan perkara yang betul?-kata Sheikh Muszaphar

Netizen Beri Pendapat

Tinjauan Murai My di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka untuk membenarkan sahaja anak perempuan memakai hijab apabila mereka sudah bersedia serta tidak perlu menunggu bilakah masa yang sesuai untuk mereka berhijab.

“Boleh mula dari sekarang doc, pada saya tak perlu tunggu masa sesuai. Boleh belajar guna tudung instant ke atau apa-apa tudung yang selesa untuk anak.”

“Bila Bella cakap dia dah ready, dr patut biarkan dia pakai je biar dia biasakan diri dengan bertudung.”

“Belikan yang sarung. Senang untuk your kids pakai.”

“Tak perlu tunggu doc. Saya asal bukanlah bertudung tapi bila dah bertudung ni rasa menyesal tak pakai tudung dari awal.”

Apa komen anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.