23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kedua

Setelah tular tentang perkahwinan kedua antara artis baru – baru ini , kini Shikin Maembong yang juga kakak kepada selebriti terkenal Emma Maembong tampil berkongsi pengalaman hidupnya semasa menjadi isteri kedua.

Dia mengakui hidup bermadu tidaklah seindah yang disangka kerana terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri tanpa suami disisi walaupun bermewah.

Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail, 40, berkongsi yang selama 2 tahun hidup bermadu, dia lebih banyak beralah kerana sedar kedudukannya sebagai isteri kedua.

Namun dia sedar apa yang perlu dijalani sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan bekas suaminya itu dan redha dengan segala yang berlaku kepadanya dengan hati terbuka.

“Kadang-kadang kalau memang giliran kita tetapi isteri pertama ada hal ke apa, saya memang perlu mengalah. Kita tak boleh sentiasa terikat dengan suami sehingga sakit pun seorang diri.”

“Sebelum buat keputusan nak jadi isteri kedua memang kena fikir panjang , memang banyak perkara yang kita kena berdikari sendiri,” katanya lagi.

Walaupun perkahwinan mereka mendapat restu daripada isteri pertama namun terpkasa juga mengalah dalam apa juga yang berlaku tanpa mengeluh dan memburukkan keadaan kerana itu adalah pilihannya ketika itu.

“Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” jelasnya.

Shikin mendedahkan yang dia  melangsungkan perkahwinan kedua tersebut pada Mac 2020 namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama dua tahun.

Dia mengaku terpaksa merendahkan ego sebagai seorang isteri kerana memberikan keutamaan kepada isteri pertama dan hubungan mereka baik selepas madunya menerima kehadirannya dalam keluarga itu.

“Saya juga merendahkan ego kerana sedar isteri pertama lebih berhak terhadap suami. Pada saya, kalau nak berkongsi kasih ini, kita kena utamakan isteri pertama.”

“Tapi syukur Alhamdulillah hubungan kami memang baik. Kami boleh keluar bersama-sama dengan suami. Saya memang baik dengan madu,” ujarnya.

Berpisah Secara Baik

Setelah lama bertahan , Shikin akhirnya berpisah pada bulan Ramadhan tahun lalu dan redha degan ketentuan malah sangat mengahargai segala perngorbanan yang dilakukan bekas suami untuknya.

Dia juga mengakui perpisahan mereka dilakukan secara baik dan keduanya tidak bermusahan dan masih berhubungan baik tanpa menyimpan perasaan buruk antara mereka.

“Kami pun berpisah secara baik , semuanya diselesaikan dengan perbincangan dan tiada simpan apa-apa perasaan tidak baik di antara kami,” jelasnya lagi.

Sekadar info , Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan anak kepada selebriti terkenal tanah air , Chef Wan iaitu Chef Riz pada 2014, namun bercerai pada 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perrempuan , Putri Arianna Natasya.

Kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya pada Mac 2020 dengan menjadi isteri kedua dan berpisah pada pada bulan ramadhan tahun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.