22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Shuhada ‘Move On’ Dengan Cara Sambung Belajar Master, Hafidz Pula Bakal Nikahi Wanita Punca Perceraian

Perceraian adalah salah satu pengalaman untuk anda mulakan semula kehidupan. Ia bukan sahaja mengubah dinamik hubungan, tetapi dalam kebanyakan situasi, ia benar-benar mengubah gaya hidup kita.

Tidak kira betapa gigihnya kita bekerja untuk menjalani kehidupan yang kita impikan, perceraian akan ‘membantutkan’ perancangan kewangan kita.

Ramai orang kehilangan separuh atau lebih daripada semua yang telah mereka simpan sepanjang hidup mereka. Ini termasuk rumah, simpanan, persaraan, perniagaan dan pelaburan.

Oleh itu, setiap daripada mereka yang mengharungi segala ujian haruslah bangkit mempersiapkan diri dan menceburi apa sahaja peluang yang ada di depan mata untuk bangkit daripada “kesakitan” yang mereka alami.

Baru-baru ini ssteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri akan meneruskan kehidupannya dan merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

Shuhada berkata, dia akan mengejar cita-citanya dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak. Bahkan katanya dia berserah kepada Allah seandainya suaminya itu berkahwin baharu dengan wanita yang didakwa punca keruntuhan rumah tangganya.

Nurul Shuhada berkata, dia reda berhadapan dengan segala kemungkinan terutamanya dengan kehadiran ibu tiri kepada dua cahaya matanya.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah. Allah janji, pembalasan-Nya lebih pedih. Untuk anak-anak berjumpa bakal ibu tiri, itu semua atas kehendak anak-anak sendiri sebab mereka memang menentang soal ini.

“Saya tak mahu mengganggu emosi dan mental anak-anak. Cukuplah, saya yang hadapi semua ini. Anak-anak akan dibesarkan oleh saya di Perlis.

“Kalau Hafidz nak berjumpa anak-anak, dia boleh ke Perlis,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, tengah hari tadi.

Terdahulu, media ada melaporkan Hafidz bakal berkongsi mengenai status hubungan dan perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata, perkara itu hanya akan diumumkan selepas selesai isu perceraian dengan Nurul Shuhada.

Mengulas adakah mampu meneruskan kehidupan tanpa Hafidz, Nurul Shuhada berkata, dia memerlukan masa untuk melupakan apa yang menimpa dirinya.

“Kalau bercakap mengenai ‘move on’, dari segi apa? Sebenarnya, bukanlah saya nak kembali kepada Hafidz.

“Bila Allah uji dan tegur hati kita, Allah pinjamkan kebahagiaan dan ambil semula, jadi ‘move on’ untuk saya, ia juga ujian Allah kepada saya.

“Insya-Allah, ia akan berlaku, tetapi akan mengambil sedikit masa. Bukanlah saya tak boleh ‘move on’ daripada dia atau apa,” katanya.

Sementara itu, Nurul Shuhada memaklumkan dia merancang menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam jurusan Kewangan dan Ekonomi.

“Selepas ini, saya akan sambung belajar, mencari ilmu dan akan mengejar cita-cita saya. Saya tak mahu terus terperuk, tetapi nak lebarkan sayap saya dan terbang tinggi. Saya nak sambung ke peringkat ijazah, tetapi semuanya masih dalam perancangan.

“Untuk perniagaan, saya akan mulakan semula. Saya nak tinggalkan segala kesedihan dan mulakan kehidupan baharu. Untuk tawaran kerja, banyak juga yang saya terima, tetapi semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 27 Julai depan untuk keputusan lafaz cerai antara pasangan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Hafidz yang ditemui di mahkamah selepas selesai perbicaraan pengesahan lafaz cerai antaranya dan Nurul Shuhada.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.