23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Shuk Sahar Dan Serra Tunai Umrah Bersama

Selepas pelbagai dugaan dan ujian terjadi dalam rumah tangga pasangan sensasi ini , mereka baru- baru ini dilihat memuat naik hantaran berkenaan gambar mereka yang bersama berangkat ke tanah suci , Makkah.

Walaupun pelbagai gosip yang melanda hubungan mereka namun pasangan ini masih lagi berbaik demi kepentingan anak – anak yang sedang membesar.

Shuk Sahar dan isterinya , Serra atau lebih dikenali sebagai Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang sekali lagi menunaikan umrah.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu Allah buat kali kedua,” tulisn Shuk.

Serra turut memohon doa orang ramai agar hubungannya sengan Shuk semakin baik demi anak – anak serta keluarga dan umrah mereka dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua, doakan kami berdua dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri, nervous  tapi happy  sangat, Alhamdulillah,” tulis Serra.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyokong keputusan pasangan itu yang memilih untuk berbaik semula dan memperbaiki kekurangan diri masing-masing demi masa depan yang lebih baik.

Netizen puji 

Malah netizen memuji Serra yang masih lagi memaafkan kesilapan Shuk dan berbaik dengannya tanpa mengungkit segala yang berlaku dalam hubungan mereka.

Shuk juga dikatakan sebagai lelaki bertanggungjawab kerana masih meluangkan masa dengan anaknya walaupun mempunyai masalah dengan Serra.

Namun status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya sehingga kini kerana mereka tidak pernah mengumumkan apa- apa di media sosial dan memilih unutk mendiamkan diri apabila berdepan dengan media.

 

Sekadar info , Serra atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah berkongsi di media sosial miliknya yang dia sudah memfailkan cerai pada bulan November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa berlaku curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan NurAssyifatu aimi, 3 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.