23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Siakap Stim Lemon Macam Kedai Siam, Cara SIMPLE Dengan Rasa Tip Top Punya!

Ikan siakap memang sedap dan selalu digandingkan dengan masak stim limau. Apa kata ubah sikit buat Siakap Stim Lemon pula. Memang lagi ‘kick’ rasanya.

Isinya yang lembut dan pejal bersama kuah stim lemon yang masam manis dimakan bersama nasi memang membolehkan kita bertambah nasi berpinggan-pinggan.

Lauk ini juga sangat sesuai dimasukkan dalam diet makanan bagi menurunkan berat badan. Malah, ia juga boleh dijadikan menu bagi orang yang berpantang. 

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Afy AL Habibi menerusi Facebook ini. Memang terliur dibuatnya.


RESIPI SIAKAP STIM LEMON

bahan siakap stim lemon

Bahan utama:

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan dan dikelar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 batang serai diracik
  • 5 hiris halia
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu kecil garam bukit

Bahan kuah:

  • Air rebusan ikan
  • 1 inci hirisan halia
  • 2 ulas bawang putih diracik
  • 1/2 batang serai muda
  • 1 biji lemon
  • 1 biji asam limau kasturi
  • Sehiris limau nipis
  • Secubit garam bukit

Bahan hiasan:

  • Hirisan cili padi merah
  • Hirisan daun ketumbar
  • Tomato ceri
  • Bawang putih goreng
  • Hirisan lemon dan limau nipis

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua herba tadi ke dalam perut ikan. Garam bukit tadi dilumur di atas badan ikan.

2. Letakkan dalam pan. Masukkan 1 cawan kecil air. Perasakan dengan 1 sudu kecil kicap cair.

3. Tutup pan. Masak kira-kira 15 minit @ sehingga ikan masak dalam api perlahan.

4. Untuk bahan kuah pula, Kacau rata semua bahan bagi sebati. Kemudian tuang kuahnya atas badan ikan.

5. Boleh hiaskan hidangan menggunakan bahan hiasan mengikut kreativiti masing-masing. Siap!

siakap stim lemon


Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.