30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Silakan!”- Ellie Suriati Sedia Untuk Disaman Oleh Pengarah Filem

Semalam (15/20) kecoh dengan tularnya sebuah tweet dari Pengarah filem Al Jafree Md Yusop yang nekad mahu saman pelakon Ellie Suriati Omar. Isu saman ini bermula selepas Al Jafree menganggap Ellie telah membuat sebuah dakwaan tidak berasas.

Di laman twtter Al Jafree berkongsi screenshot perbualan Ellie di Whatsapp yang mendakwa dia mengambil dana dari FINAS untuk tujuan pemasaran filemnya yang berjudul Mencari Rahmat.

Ellie Suriati Omar.

Komen itu disertakan dengan imej keratan akhbar memetik kenyataan Al Jafree mengkritik Finas kerana memberi tumpuan pada lesen dan dana secara berlebihan berbanding perkara lain.

“Al-Jeffrey ni pun ambil dana FINAS untuk marketing filem dia Mencari Rahmat. Dia dapat dana tu”- tulis Ellie di dalam screenshot tersebut.

Atas dakwaan tersebut Al Jafree terus nekad untuk menyaman Ellie,

“Aku mengambil keputusan untuk menyaman Ellie Suriaty atas kenyataan ini. Bukan aku yang memohon untuk dana ini tetapi penerbit filem Mencari Rahmat”- tegasya

Al Jafree

Sementara itu, Ellie memberitahu Malaysiakini dia bersedia untuk disaman dan tetap enggan memohon maaf kepada Al Jafree.

“Dia buat kelakar ke apa? Jika nak saman, silakan. Tapi kenapa dia perlu sentap?” katanya.

Sementara itu, dari laporan Malaysiakini, Al Jafree lagi memberi tempoh dua hingga tiga hari untuk Ellie Suriati membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan ke atasnya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.