22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Skandal Freemason: Shuib Geram Dengan Kematian Siti Sarah! “Mari Berdepan Saya Langsung!”

Pelawak dan pengacara, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, mengungkapkan rasa marah terhadap individu yang cuba mengaitkan kematian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, dengan dakwaan sebuah organisasi tertutup yang dipercayai sebagai Freemason.

Terlalu Lama Bersabar

Shuib mengakui bahawa dia sudah terlalu lama bersabar dan melalui hantaran di Instagram, dia mempersoalkan tindakan individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah mengenai kematian isterinya.

“Mengapa kau melibatkan arwah isteri aku Siti Sarah!!! Freemason?? Apa yang kau tahu?!” – tegas Shuib.

“Meh Cakap Depan-Depan Aku!!!”

Shuib juga menyatakan keinginannya untuk bersemuka dengan individu yang terlibat dalam melemparkan tuduhan mengenai kematian Siti Sarah. Dia menyatakan bahawa mereka sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini.

“Meh cakap depan-depan aku!! 24 jam, cari aku!! Lawyer tengah jalan kerja, tunggu!!!” – tulis Shuib lagi.

Baru-baru ini, satu hantaran di laman sosial telah menjadi viral yang mendakwa bahawa kematian Allahyarhamah Siti Sarah mempunyai kaitan dengan agenda vaksin COVID-19. Individu tersebut juga menyatakan bahawa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin dan Shuib tidak boleh ingkar dengan arahan tersebut walaupun terpaksa mengorbankan ahli keluarga sendiri.

Sebagai makluman, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah telah berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang anak. Namun, Siti Sarah telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.