23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sosej Perahu, Resipi Viral Wajib Cuba! Sesuai Untuk Jadikan Bekal Ke Sekolah

Jom cuba resipi viral dekat media sosial iaitu Sosej Perahu ini. Nampak comel dan sedap untuk dimakan. Anak-anak mesti suka sebab nampak comel!

Yang penting, perut anak-anak kenyang bila kita jadikan ia sebagai bekal ke sekolah. Nak buat untuk bekal berkelah pun tiada masalah! Resipi viral dari negara seberang ini memang sangat menarik untuk dicuba.

Mana tidaknya, hanya gunakan kulit popia atau kulit dumpling serta inti sosej. Memang jimat.

Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat masakan dari seberang ini. Bukan sahaja sedap, resipi yang disediakan oleh Cik Puan Sunita Sabtu ini telah meraih 1,600 perkongsian di media sosial!


RESIPI SOSEJ PERAHU

sosej perahu

Bahan-bahan:

  • 6 batang sosej keju (potong dadu)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Cili besar merah (potong kecil)
  • 4-5 sudu besar tepung gandum
  • 100ml air rebusan ayam atau air kosong
  • Daun bawang (potong kecil)
  • Serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Kulit dumpling secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan.

2. Kacau rata dan ketepikan.

3. Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong.

4. Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya.

5. Panaskan minyak dan goreng secara terendam.

6. Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya.

7. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Siap!

sosej perahu


Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.