25.9 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Spageti Aglio Olio, Resipi Senang Pejam Mata Pun Siap!

Resipi spageti aglio olio merupakan hidangan yang paling mudah dan cepat untuk dibuat. Kurang 30 minit untuk menyiapkan satu hidangan.

Pelbagai protein anda boleh cuba seperti ayam, udang, daging serta sotong. Kadar kepedasan juga ikut kepada selera sendiri.

Jom tengok resipi yang senang dari Cik Puan Adilah Jaafar melalui laman sosial Facebook.

RESIPI SPAGETI AGLIO OLIO

Bahan-bahan

  • Bawang Holland 1 biji (dipotong dadu)
  • Bawang putih 6 ulas (dipotong dadu)
  • Cendawan butang 1 tin (dihiris nipis)
  • Capsicum hijau dan merah dipotong dadu
  • Udang dibuang kulit
  • Mix herbs 2 sudu besar
  • Chili flake 3 sudu besar
  • Kiub ayam 1 (pilihan)
  • Serbuk black pepper 2 sudu besar
  • Spageti 500g / 1 paket
  • Garam
  • Minyak zaitun (olive oil)
  • Keju parmesan

Cara-cara Penyediaan

1. Rebus spageti hingga masak. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu dan harum.

3. Masukkan udang yang telah dibuang kulit. Goreng sekejap hingga udang berubah warna.

4. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper, dan kiub ayam (jika digunakan). Goreng sekejap sehingga bahan-bahan sebati.

5. Tambahkan cendawan butang yang dihiris nipis dan capsicum hijau dan merah yang dipotong dadu. Gaul rata.

6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga semua bahan sebati.

7. Masukkan spageti yang telah direbus tadi ke dalam kuali. Gaul hingga semua bahan bersatu dengan spageti.

8. Taburkan sedikit chili flakes dan keju parmesan di atas spageti untuk menambah rasa.

Spageti Aglio Olio kini siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan pasta yang lazat ini! 

spageti aglio olio

Sumber: Adilah Jaafar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.