30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Sup Ayam Pekat Berempah, Masuk 2 BAHAN Ini, Memang Menyelerakan!

Jom buat sup ayam pekat berempah untuk seisi keluarga. Hidangan ini sangat mudah disediakan, malah ia boleh dijadikan ubat alternatif untuk demam dan selesema kerana ia boleh menurunkan suhu badan. 

Terdapat banyak cara untuk membuat sup ayam, bergantung pada cita rasa masing-masing/ Kalau ada yang suka sup ayam berempah, boleh cuba resipi ini. Yang pasti, rasa ayam yang direbus benar-benar membangkitkan selera.

Bagi yang menggemari kuah sup jenis ini, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Zurina Zulkefli di laman Facebook ini. Memang mudah dan sedap. Makan dengan sambal kicap memang lagi mengancam.


RESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH

Bahan untuk masak sup ni, saya mesti guna dua paket rempah ni. Berserta semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.

  • Paket serbuk rempah sup
  • Paket 4 sekawan rempah dan bunjut

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ayam bahagian tulang
  • 3 sudu minyak masak
  • 4 sekawan rempah
  • Bawang merah – hiris nipis
  • Bawang putih – tumbuk lumat
  • Halia – tumbuk lumat
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Dua mangkuk air
  • Sup bunjut
  • Ubi kentang – potong sederhana
  • Kiub pati ayam
  • Garam secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Panaskan 3 sudu minyak masak lansung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.

2. Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.

3. Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.

4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan pula ayam dan gaul rata.

5. Masukkan dua mangkuk air dan campakkan bunjut sup ke dalam.

6. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil. Sambil itu, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.

7. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.

sup ayam pekat berempah


Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.