22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah

Nama Ira Kazar iaitu isteri kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof bagaikan diinjak-injak serta sering menerima tohmahan selepas bertindak untuk berkahwin dengan suami aktres jelita, Puteri Sarah Liyana.

Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi menjadi bualan utama sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti ini menjadi tular dari masa ke semasa.

Menurut sumber Berita Harian, Syamsul menjelaskan dia melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Mereka dinikahkan Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla, Thailand, Haji Arfee-i Kayem.

VIA Google

Sejak itu, Syamsul dan Ira dikritik hebat netizen dengan tindakannya berkahwin lagi satu itu terutama daripada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan ibu Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail.

Malah, Patimah terang-terang tidak bersetuju dan merestui perkahwinan itu.

Walaupun bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam dilihat agak berdiplomasi, namun sedikit-sebanyak beliau turut kecewa dengan tindakan Syamsul itu.

VIA Google

Bukan itu sahaja, ada juga desas-desus mengatakan Ira Kazar dikataka sebernarnya sedang hamil anak pertama.

Namun terbaharu, mengikut laporan Mstar, syamsul yusof tampil menyangkal dakwaan isteri keduanya itu sedang hamil anak mereka.

VIA Google

Syamsul menegaskan bahawa khabar angin berkenaan tidak benar dan fitnah semata-mata.

“Itu fitnah…saya dapat tahu pun daripada kenalan saya dan kalau mengandung pun Alhamdulillah.” -jelas Syamsol.

Memetik kenyataan sumber, Syamsul sedar isteri keduanya itu sedang menjadi sasaran kecaman netizen namun sering berpesan kepada Ira agar dia sentiasa bersabar dan menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

VIA Google

“Semestinya sesiapa sahaja yang berada ditempat saya, dia atau Sarah sekali pun pasti akan terkesan” – keluh Syamsul

“Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian serta pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat.” katanya.

VIA Google

Bagaimanapun, Syamsul dikatakan memohon doa orang ramai supaya dia menjadi suami terbaik dan adil buat kedua-dua isterinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.