22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Syamsul Yusof Dicop “The Real Munafik”- Warganet Berang Ramai Mangsa Teraniaya Dengan Perlakuannya

“Bila membelakangkan mak ayah…aniaya isteri dan anak-anak…Allah tunjukkan satu persatu…” – kata netizen

Umum mengetahui bahawa dari segi praktikalnya, kriteria utama sifat atau perbuatan zalim ini adalah dengan memberikan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain.

Perbuatan zalim yang dilakukan mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya.

Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.

Namun, ketahuilah tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.

Berbahas soal itu, baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelakon popular, Dato Aaron Aziz tampil menceritakan perkara sebenar yang menyebabkan namanya digugurkan daripada filem The Original Gangster arahan pengarah Syamsul Yusof, aktor Aaron Aziz bersumpah bersaksikan al-Quran bahawa dia tidak berbohong dan telah dianiaya.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, bermacam-macam usaha dilakukannya demi komitmen watak dalam filem terbabit namun dibuang mentah-mentah selepas pelbagai insiatif dilakukannya termasuk menyuntik ubat kurus (steroid).

Tambahnya lagi, dia dianiaya Syamsul sehingga namanya digugurkan pada saat akhir selepas bermacam pengorbanan dilakukan untuk filem tersebut.

“Aku ajak kau jumpa, kau tak nak. Bila kau nak (dirinya berlakon dalam filem), kau datang rumah aku dengan cara baik, bila tak nak kau buang aku macam sampah.

“Aku ajak kau jumpa supaya kau boleh tengok badan aku dah kurus atau tidak. Aku nak kena tunjuk kau semua dan bahkan, sanggup cakap dengan produser terima watak lebih kecil, itupun kau tak nak juga.

“Orang lain yang nak sangat dengar cerita yang betul-betul, inilah yang berlaku. Lilahitaalah. Depan al-Quran aku cakap, this is what happened (inilah yang berlaku).

Dedah Aaron dalam video terbabit, tiga kali Syamsul datang ke rumahnya menawarkan watak dalam filem terbaharunya dan pada waktu itu, memang pengarah itu sudah tahu masalah kesihatan dihadapinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati serta turut tidak berpuas hati atas tindakan yang dilakukan pengarah berkenaan sehingga ada yang menyifatkannya sebagai munafik.

Bagaimanapun usah membuat sebarang tohmahan mahupun dan kejian, orang ramai diminta mendoakan yang terbaik agar segala permaslahan yang dialami oleh selebriti-selebriti berkenaan dalam diselesaikan dengan cara baik.

Sempena bulan mulia ini, betapa bersihnya hati nurani andainya setiap Muslimin berusaha menghidupkan budaya bermaaf-maafan serta fokus kepada amal ibadah supaya hidup lebih tenang dan diredhai olehNYA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.