23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Syed Menegur Aksi Berpelukan Dalam Filem Anwar: Kisah Tersembunyi?

Filem biopik yang sedang hangat diperkatakan, Anwar: The Untold Story yang mengisahkan peristiwa antara tahun 1993 dan 1998 ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah mencipta sejarah dengan mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan di pawagam. Kejayaan ini menjadikan filem biopik ini sebagai yang pertama mencapai pencapaian tersebut.

Namun, di sebalik kejayaan filem ini, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed memberikan teguran melalui Instagram mengenai adegan berpelukan antara Farid Kamil dan Acha Septriasa yang memegang watak sebagai Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dalam filem tersebut.

PU Syed menyatakan bahawa walaupun filem ini menceritakan tentang Anwar Ibrahim, adegan-adegan pelukan seperti ini sepatutnya tidak perlu dihasilkan, kecuali jika Farid Kamil berlakon bersama isterinya yang sah.

PU Syed juga menyeru pihak sutradara untuk mendapatkan pandangan ahli agama dalam menegur babak dan skrip yang tidak sesuai dengan nilai-nilai agama dalam filem ini. Beliau memberi contoh filem Mat Kilau yang tidak mempunyai adegan berpelukan dan menggalakkan agar setiap filem atau drama yang dihasilkan mencari pandangan ahli agama untuk memastikan babak dan skrip yang dihasilkan mematuhi batasan syarak.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.