23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Tak Kuat Macam Wanita Lain, Ernie Zakri Akui Dirinya Akan Jadi Gila Jika Syamel Dirampas Penyondol Rumah Tangga

Gila meroyan dikatakan paling banyak berlaku ke atas wanita yang menghadapi tekanan perasaan berkaitan suami yang curang atau mempunyai perempuan simpanan terutamanya bagi wanita yang sedang mengandung dan menghadapi tekanan berterusan sehinggalah sampai tempoh bersalin dan berpantang.

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis.

Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Justeru, kehadiran orang ketiga ini diumpamakan seperti racun dalam sesebuah perhubungan suami isteri yang merosakkan kerukunan rumah tangga yang dibina, oleh itu seharusnya isteri menggunakan hak mereka untuk menuntut keadilan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi popular, Ernie Zakri ada membuat pengakuan bahawa dirinya mungkin akan hilang kewarasan jika suaminya, Syamel ada hubungan dengan penyondol dan rumah tangganya diganggu orang ketiga.

Memetik laporan berita, Ernie mengakui bahawa dia juga bukan wanita yang kuat untuk menghadapi dugaan paling ditakuti kaum isteri sebagaimana dilalui beberapa selebriti tanah air sebelum ini.

“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol.

“Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui dimajlis pelantikan Ernie sebagai duta Susu Marigold HL SuperMilk di Avante Hotel semalam.

Dalam pada itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri kagum dengan semangat dan kekuatan golongan wanita yang terpaksa melalui situasi sebegitu dalam rumah tangga.

“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’ tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga.

“Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya lagi.

Ditanya sama ada memberi amaran atau tidak kepada Syamel berkait isu ini, pelantun lagu Astana itu memaklumkan mereka berdua saling menasihati antara satu sama lain.

“Saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” ujarnya.

Bagaimanapaun, sekiranya seseorang itu menjadi mangsa dan ingin membuat aduan, mereka perlu lakukan beberapa langkah, iaitu pertama membuat laporan polis di balai berdekatan; kedua, membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri; ketiga, menyediakan sekurang-kurang seorang saksi atau bukti dokumentari untuk menyokong aduan itu.

Langkah keempat adalah memberi penjelasan dan pencerahan secara menyeluruh mengenai bentuk gangguan, kesan dan akibatnya terhadap keruntuhan rumah tangga; kelima aduan dibuat mangsa akan disiasat pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai penguatkuasa dan jika ada bukti kes itu akan didakwa di mahkamah.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 ldi Masjid Puncak Alam,Selangor.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khawla Soleha,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.