21.8 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Tak Laku Di Indonesia! Afdlin Shauki Tak Anggap Filem Sherif Gagal, Cuma Tidak Sesuai Dengan Pasaran Indonesia

Sebelum ini pengarah filem Sheriff: Narko Integriti, Syafiq Yusof reda apabila filem itu gagal mendapat sambutan di Indonesia sejak mula ditayangkan di 100 pawagam mulai 23 Mei lalu.

Ditamatkan Dayangan Secara Drastik

via Berita Harian

Menurut Berita Harian, Syafiq turut menjelaskan walaupun tayangan filem itu ditamatkan secara drastik, namun, dia berfikiran positif dan berterima kasih atas peluang yang diberi.

Dalam pada itu, pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak terkejut filem Sheriff gagal mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Indonesia kerana agak sukar karya luar menembusi pasaran di negara tersebut.

Afdlin berkata, selain semangat patriotisme yang menebal, bahasa juga menjadi faktor mengapa filem arahan Syafiq Yusof itu gagal di Indonesia.

Memang betul semangat patriotik mereka tinggi dan kalau dah filem mereka sudah bagus kenapa perlu sokong filem asing?.

Tapi kita tak boleh kata filem Sheriff gagal cumanya ia tidak sesuai dengan pasaran di Indonesia.

“Tidak Gagal Cuma Tidak Sesuai Dengan Pasaran Indonesia”

via Kosmo Digital

Afdlin juga berpendapat jika karya dari Malaysia mahu berjaya di Indonesia maka perlulah menggunakan tenaga kerja negara tersebut untuk mendapat sokongan mereka.

Bagaimanapun Afdlin menasihati pembikin filem di Malaysia agar fokus uhtuk berjaya di negara sendiri terlebih dahulu sebelum berfikir membawa karya mereka ke luar negara.

Apapun jangan jadikan Indonesia sebagai sasaran untuk berjaya, tetapi buat yang terbaik di negara kita dulu.

Untuk rekod, kutipan filem Sheriff setakat ini dilaporkan sebanyak RM60.5 juta semenjak ia mula ditayangkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.