22.1 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Tak Mungkin Jeles Dengan “Penyondol”, Bella Nafi Sindir Gaun Sophia Sebagai ‘Kampung’ Ketika Hadir ABPBH 35

Media sosial perlu digunakan dengan bijak. Budaya keterbukaan dalam bersuara tidak boleh disalah guna sehingga membawa kepada keretakan dalam perpaduan serta keutuhan negara.

Berbahas soal ini baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menepis dakwaan mengatakan perkongsiannya dalam Instagram Story (IGs) adalah menyindir busana yang digayakan oleh pelakon, Sophia Albarakbah pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 pada Jumaat lalu.

Bella berkata, setiap perkongsian media sosial mahupun kata-kata sedih tidak memberi bayangan mengenai kehidupannya ataupun individu lain.

“Tiada. Saya sebenarnya tak mahu ulas soal ini. Macam semua orang tahu, IGs yang saya muat naik tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa, termasuk ‘quotes’.

“Sebab pasti ada orang bertanya sama ada saya ada masalah dalam rumah tangga jika saya muat naik perkongsian berbaur sedih.

“Saya akan muat naik apa sahaja yang saya suka. Memang apa yang saya muat naik tiada kena mengena dengan sesiapa. Seperti apa yang saya muat naik, baru-baru ini pun tiada kena mengena dengan sesiapa,” katanya

Kata Bella, dia juga tidak boleh mengawal pemikiran orang ramai yang terus mengaitkannya dengan Sophia.

“Saya tak boleh buat apa bila orang terus mengaitkan apa yang saya buat dengan dia, itulah adalah hak masing-masing. Jadi, saya hanya terus berjalan ke depan sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Bella mengakui, dia tidak pernah rimas apabila ramai yang ingin mengambil tahu mengenai hubungannya dan suami, Aliff Aziz.

“Saya tidak rimas dan faham orang ambil berat serta sangat bimbang. Saya lihat ramai yang sayangkan saya, Aliff dan rumah tangga kami. Bila saya baca komen, ada yang siap mendoakan semoga rumah tangga kami dilindungi Allah SWT.

“Saya sebak. Walaupun ringkas, tetapi itu doa yang orang titipkan untuk kami. Ia menunjukkan mereka mengambil berat mengenai kami,” katanya.

Ditanya adakah akan berhati-hati memuat naik hantaran dalam media sosial, Bella berkata, dia akan selalu memantau apa yang dilakukan memandangkan perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sudah tentu, saya ada suami dan orang tua, jadi saya sentiasa pantau. Tetapi, sebenarnya, apa yang dimuat naik saya hanya berkongsi. Misalnya, ada kawan yang sedang hadapi masalah, jadi saya beri semangat.

“Jadi, nak kata berhati-hati sudah tentu, tetapi saya tetap akan bertanya pada Aliff dan ibu, malah saya juga ada ibu bapa mentua di Singapura yang sentiasa memberikan nasihat.

“Saya pula sudah menjadi ibu, isteri dan banyak pihak yang saya kena jaga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.