30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Telur Berlada Ala Khairul Aming, Resipi SIMPLE Tapi Naik Selera

Sedapnya dapat makan telur berlada dengan nasi panas-panas. Memang berselera dibuatnya. Silap hari bulan, boleh buat makan bertambah.

Bukan sahaja sesuai dengan orang bujang, orang yang dah berkahwin pun boleh masak.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Aini dari Facebook ini. Tak sampai 15 minit dah siap masak lauk ini. 


RESIPI TELUR BERLADA ALA KHAIRUL AMING

telur berlada

Ramai minta resipi saya jadi pun kongsi. Saya cuma copy resipi khairulaming tapi sebab tak ada sambal nyet, hanya olah resipi sambal sendiri.

Bahan-bahan:

  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • Satu biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
  • Sebiji tomato

Cara memasak:

1. Pada yang suka extra pedas boleh tambah bilangan cili.

2. Rebus semua bahan. Bila dah layu toskan kemudian boleh blend/tumbuk kasar sahaja.

3. Lepas itu, tumis dan perasakan dgn garam atau serbuk perasa.

4. Tumis bawang besar yang dihiris nipis.

5. Pecahkan telur kemudian renjis kicap manis.

6. Akhir sekali, letak sambal yg kita buat tadi tutup api dan boleh perah limau. Siap!


Selamat mencuba resipi ini di rumah nanti. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.