30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Terus terang saya juga sudah puas “, – Almy Nadia

Pelakon , Datin Almy Nadia sentiasa menjadi perhatian kerana gelagatnya yang mencuit hati malah lebih menarik lagi apabila dia dilihat sudah tampil bertudung sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Almy menjelaskan yang dirinya sudah lama berhasrat untuk bertudung namun bimbang perkara tersebut menyebabkan suaminya berpaling tadah kepada wanita lain.

Namun suaminya itu tidak pernah menghalang hasrat Almy dan berpesan kepadanya untuk membetulkan niat penghijrahannya adalah semata – mata kerana Allah.

 

 

Disebabkan itu , Almy telah mengambil keputusan untuk bertudung kerana Allah malah cuba merubah cara berpakaian secara perlahan – lahan dan mengikut syariat yang ditetapkan.

“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.”

“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.

Semua Bertudung

Tidak pernah dipakasa atau disuruh untuk bertudung , Almy turut mendedahkan yang ahli keluarganya serta mentua semuanya bertudung dan menyokong keputusannya itu.

“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga. Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.”

 

 

Almy mengakui yang dirinya sudah puas berfesyen dengan pelbagai jenis gaya baju dan rambut disaat zaman kegemilngannya dan sudah bersedia untuk berhijrah agar menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.

Sekadar info , Almy berkahwin dengan Fizz Fairuz pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.