22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Tip Kentang Goreng Rangup, Kena Rendam Dalam Air Ini Dulu

cara buat kentang goreng

Rupanya tak susah mana cara buat kentang goreng rangup sendiri di rumah. Memang sedap dimakan ketika masih panas dan rangup, cicah pula dengan sos cili.

Kalau beli yang frozen, kandungan garam dan lemak agak tinggi. Jadi lebih baik jika buat sendiri, baru tak serba salah nak bagi anak-anak makan.

Berikut merupakan perkongsian resipi dari Arifah Reen di dalam Facebooknya tentang cara untuk anda membuat  kentang yang sama macam dibeli di kedai.

CARA BUAT KENTANG GORENG RANGUP

Langkah-langkahnya:

1. Kupas kulit kentang dan basuh sehingga bersih.

2. Potong kentang secara memanjang mengikut ketebalan yang disukai.

3. Rendam kentang dalam air berisi ais untuk sejukkan kentang.

4. Selepas direndam seketika, salutkan pula dengan tepung jagung.

5. Goreng sehingga garing. Selamat mencuba!

Di samping itu, kami juga ingin kongsikan beberapa tip untuk memilih ubi kentang. Berikut merupakan 5 tip untuk rujukan anda:

  • Pilih kentang yang masih segar, kulitnya licin, tidak keras apabila ditekan dan isinya mampat.
  • Elakkan membeli kentang yang bertunas.
  • Simpan ubi kentang di tempat sejuk, gelap dan kering untuk melambatkan pertumbuhan tunas.
  • Sebaiknya simpan kentang dalam beg kertas dan asingkan dari tempat simpanan bawang.
  • Jangan biarkan kentang terdedah kepada cahaya matahari, kentang akan bertukar kehijauan dan boleh menjadi racun.
  • Elak simpan di dalam peti sejuk, kerana akan menukarkan kanji kentang kepada gula.

Kredit: Facebook Arifah Reen via Resepi Bonda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.