22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Tips & Cara Simpan Limau Kasturi. Baru Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir

Limau kasturi ni memang sedap dan banyak kegunaannya. Sesuai jika digunakan untuk membuatjus, sambal belacan dan sebagainya.

Namun bila sekali beli di kedai, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau akan jadi kecut dan busuk. Rugi pula kan?

Tapi ada cara bijak untuk simpan limau perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.

Tips & Cara Simpan Limau Kasturi Tahan Lama

Bahan-bahan:

  • Limau kasturi
  • Penapis
  • Bekas ais

Cara-cara:

  1. Bersihkan buah limau dan potong dua.

    limau kasturi

  2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.

  3. Setelah siap diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.

  4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.

  5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.

  6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan. Selamat mencuba!

Kredit: Siti Fatimah Abas

Baca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.