22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Tom Holland Sahkan ‘No Way Home’ Filem Terakhirnya Sebagai Spider-Man

Selepas tajuk bagi sekual Spider-Man seterusnya diumumkan sebagai ‘No Way Home’, peminat dikejutkan dengan berita mengenai Tom Holland yang mengesahkan bahawa filem ini merupakan pembabitannya yang terakhir sebagai adiwira itu.

Kontrak Akan Tamat 

Menurut Holland, kontraknya akan tamat selepas filem ini bagaimanapun itu tidak bermakna dia akan ‘menggantungkan’ sut tersebut buat selama-lamanya. Ini kerana dedah Holland, hidupnya berubah sejak ‘menjadi’ Spider-Man dan bersedia untuk kembali pada bila-bila masa.

“Spider-Man 3 merupakan filem terakhir saya (di bawah kontrak) jadi saya sering berkata kepada mereka jika mereka mahukan saya semula saya akan berada di sana dengan hati yang terbuka. Saya suka dengan setiap minit berada dalam dunia yang menakjubkan ini. Ia telah mengubah kehidapan saya menjadi lebih baik, saya cukup bertuah berada disini”

“Jika mereka mahukan saya semula, saya akan berada disana. Jika tidak saya berjalan mengikut sinar matahari yang tenggelam untuk menjadi manusia yang gembira kerana ia merupakan perjalanan yang cukup menakjubkan” kata Holland dalam sebuah kenyataan

Holland Terus Kekal?

Dalam perkembangan lain, menurut sumber Holland dikhabarkan akan terus memegang watak ini kelak memandangkan filem Spider-Man antara filem Marvel Studios dan Sony yang berjaya mengutip rekod kutipan yang memberangsangkan. Sekiranya perjanjian antara dua syarikat ini terus berkekalan, Holland juga akan turut berada dalam senarai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.