22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Tony Stark Malaysia” – Founder Misi Rakyat ‘Refund’ Balik Duit Penyumbang, Bakal Jumpa BNM

Semalam, kenyataan berbaur peringatan yang dikeluarkan agensi Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai sindiket penipuan yang menggunakan tangkap layar daripada aplikasi Misi Rakyat milik Founder Misi yang tular kerana berjaya mengumpul hampir RM9 juta bagi membantu baby Naail telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Hantaran BNM yang dimuat naik di Twitter itu itu dikritik sesetengah netizen kerana ia seolah-olah memberikat satu kenyataan bahawa penubuhan Misi Rakyat adalah satu penipuan ataupun ‘scam’.

Berikutan itu, pengasas Misi Rakyat yang dikenali sebagai Founder Misi berkata dia sudah sedia maklum mengenai kenyataan BNM dan menegaskan ‘sudah cukup mencetuskan segala propaganda’.

Malah, dia juga bersedia dengan ‘plan b’ dan akan membangunkan Hub Misi Farms menggunakan duit sendiri.

Dalam satu hantarannya di Facebook, Founder Misi juga telah mengembalikan semula wang yang didermakan rakyat Malaysia bernilai hampir RM400,000.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook menyokong sepenuhnya usaha Founder Misi untuk membangunkan ‘ekonomi’ sendiri tanpa berharap kepada kartel luar namun sebaliknya bagi netizen di Twitter.

Di Twitter, ramai mengecam dan mempersoalkan Founder Misi kerana dia didakwa tiada lesen untuk mengumpul dana daripada BNM dan tidak melampirkan sebarang audit bagi setiap wang derma yang dikumpul daripada rakyat.

Dia juga sebelum ini dikritik kerana dikatakan bakal memperkenalkan mata wang sendiri bagi tujuan membasmi kemiskinan dan ‘orang tengah’ dalam sebarang transaksi bahan mentah di Malaysia.

SUMBER : Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.