22.2 C
Malaysia
Wednesday, July 3, 2024

Latest Posts

Tular Video Pemuda Kerat Mayat Rakan Di Tepi Jalan


Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan pembunuhan ngeri yang melibatkan seorang lelaki dalam satu kejadian di Indonesia.

Suspek kerat badan mangsa tepi jalan

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan dua lelaki kurang siuman sedang berjalan dimana salah seorang daripada mereka (suspek) menarik tali yang diikat pada tangan seorang lagi individu (mangsa).

Namun tidak lama selepas itu, suspek yang dikenali sebagai Erus, 23, membawa mangsa ke tepi jalan dan mula melakukan perbuatan kejamnya itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan tubuh badan mangsa berterabur di tepi jalan setelah dikerat kepada beberapa bahagian. Suspek turut menyimpan sebahagian anggota badan mangsa termasuk kaki dan tangan ke dalam guni sebelum membawanya mengelilingi kampung.

Salah seorang penduduk kampung mendakwa melihat kejadian itu dan pada awalnya dia menyangka suspek memotong daging ayam, rupa-rupanya itu adalah daging manusia.

Terkejut Ya Allah, daging manusia. Ada kepalanya. Lepas tu saya terus lari.

Difahamkan, suspek dilihat tersenyum setelah ditahan polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Video

Sumber: Tribunnews, Aplikasi X

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.