21.3 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Uqasha Senrose Dituduh Sebagai Gangster & Pembuli, Penyebar Fitnah Ini Tampil Mohon Maaf!

Pelakon, Uqasha Senrose dilihat memuatnaik hantaran seorang wanita yang dikatakan telah melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya sebagai gangster dan pembuli di media sosial.

“Dia Telah Menyebarkan Aib Mengatakan Saya Gangster Dan Pembuli…”

via Instagram Uqasha Senrose

Menerusi hantaran di Insta Stories, Uqasha menyatakan bahawa ada salah seorang pengikutnya di media sosial telah mendedahkan Direct Message (DM) wanita itu kepadanya.

“Dia telah menyebarkan aib mengatakan saya gangster dan pembuli kepada seseorang di DM dan DM tu dapat pada saya.

Punya dia nak buat orang percaya saya gangster dia siap cakap demi Allah..Takpe saya dah maafkan awak jugak.”-Tulis Uqasha di Insta Stories

Individu Lempar Fitnah Tampil Mohon Maaf!

Walaubagaimanapun, wanita berkenaan telahpun tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya menerusi satu video.

“Hai Assalamualaikum, Saya Nadia Rosli ingin buat pengakuan bahawa saya telah mengatakan Uqasha Senrose seorang yang gangster dan seorang pembuli.

Saya ingin menarik balik segala kata-kata saya. Dia (Uqasha) bukanlah seorang pembuli atau gangster, cuma saya pernah bergaduh dengan adik-adik beliau.

Dia cuba untuk mempertahankan adiknya. Saya di sini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana telah mengaitkan namanya dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf.”-katanya

Tidak mahu membiarkan isu berkenaan berlarutan, Uqasha menyatakan bahawa dia telah menerima permohonan maaf oleh wanita itu kepadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.