29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Ustazah Asma Luah Rasa Bimbang Dengan Isu Trend ‘Childfree’

Baru-baru ini tular sebuah isu mengenai gaya hidup ‘childfree’ iaitu pasangan suami isteri yang mengambil keputusan untuk tidak mempunyai cahaya mata dan hanya semata-mata mahu menjalani kehidupan perkahwinan.

“Situasi Childfree Ini Sangat Merisaukan…”

Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi hantaran di Facebook, meluahkan rasa bimbang dengan trend tersebut yang tidak menepati gaya hidup seorang Muslim.

“Gaya hidup sebegini sebenarnya dari barat dan tidak menepati gaya hidup seorang Muslim. Dalam Islam kita dituntut untuk mempunyai anak dan mengembangkan zuriat keturunan agar dapat meramaikan dan melahirkan keturunan yang soleh solehah, taat kepada Islam dan menjadi kebanggan Rasulullah SAW.

Situasi “childfree” ini sangat merisaukan kerana ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang faham ia adalah pilihan masing-masing yang sengaja dibuat kerana ingin mengikut trend semasa.

Bahkan ada juga yang mengatakan disebabkan sekarang faktor ekonomi dan biaya membesarkan anak semakin tinggi, maka ia menjadi satu alasan akhirnya mereka memilih gaya hidup sebegini.”-tulis Ustazah Asma di Facebook

Perkahwinan Satu Ibadah & Sunnah Yang Dituntut Agama

Tambahnya lagi, perkahwinan merupakan satu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW yang sangat dituntut. Malah dikurniakan zuriat juga adalah rezeki dari Allah SWT.

“Perkahwinan adalah ibadah dan Sunnah Rasulullah SAW yang sangat dituntut. Bahkan dikurniakan zuriat keturunan juga adalah rezeki dari Allah dan pengalamannya sangat bernilai.

Mempunyai anak memang pada permulaanya sesuatu yang membebankan namun di akhirnya merekalah yang akan menjadi pewaris sah, penyejuk hati untuk menjaga, menyayangi dan mendoakan kita disaat orang lain sibuk dan kita sudah tiada.”-tulisnya lagi

Apa komen anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.